Frequently Asked Questions

Bolehkah saya memilih kaunselor tertentu?

Jawapan ringkas: ya. Tetapi untuk permulaan, bagi memudahkan proses untuk pelanggan memulakan sesi kaunseling kita hanya meminta untuk anda memilih sama ada anda mahukan kaunsellor lelaki atau perempuan sahaja. Selepas itu, jika anda rasa bersesuaian dengan kaunselor pertama, anda boleh teruskan sesi - sesi anda dengan kaunselor tersebut. Jika tidak, anda boleh minta untuk kaunselor lain.

Berapakah harga untuk satu sesi?

Di Stay Alive Kaunseling kami ada satu harga kadar rata untuk semua sesi individu iaitu RM60 untuk setiap sesi 45 minit.

Bagaimanakah cara pembayaran?

Cara pembayaran adalah melalui online bank transfer. Detail kepada akaun bank kami akan diberikan melalui WhatsApp. Setelah membuat pembayaran, anda boleh menghantar slip pembayaran kepada kami, dan kemudian kami akan memberikan link Google Meet kepada anda untuk mulakan sesi kaunseling anda

Bolehkah saya dapat refund selepas membuat pembayaran?
Tidak, semua pembayaran tidak boleh dikembalikan. Walau bagaimanapun, sesi anda boleh reschedule pada tarikh dan masa lain secara percuma.
Bolehkah saya tukar tarikh atau masa temujanji?
Ya, anda boleh tukar tarikh dan masa temujanji secara percuma, bergantung kepada availability kaunselor anda.
Bolehkah saya minta untuk kendalikan sesi ini dalam bahasa lain selain daripada bahasa Malaysia?
Ya boleh. Anda boleh beritahu kami melalui whatsapp jika anda prefer untuk mengendalikan sesi bersama kaunselor yang mahir dalam Bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil atau lain-lain.